BORANG PERMOHONAN MASUK TAHFIZ
Borang Permohonan Masuk Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Ansar dan Checklist Pendaftaran Sekolah
Seperti yang sedia maklum Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Ansar kini membuka pendaftaran bagi pengambilan pelajar baharu.
Syarat Kemasukan
1. Warganegara Malaysia
2. Pelajar Lelaki
3. Umur 13 Tahun Ke Atas
4. Boleh Membaca Al-Quran
5. Wajib Menetap Di Asrama
Calon akan ditemuduga (termasuk menduduki ujian lisan dan bertulis). Keputusan temuduga ini akan menentukan sama ada calon diterima masuk atau sebaliknya. Dalam kes-kes tertentu pihak Pengurusan Maahad berhak menolak permohonan masuk, sekiranya calon memiliki rekod jenayah, penyalahgunaan dadah, berakhlak amat buruk atau sebagainya.
Cara Memohon
1. Dapatkan Borang Permohonan di Pejabat Pengurusan Tahfiz atau dengan memuat turun “Borang Permohonan PDF” di dalam Laman web kami www.alansarcenter.com
2. Cara menghantar Borang Permohonan yang telah lengkap diisi.
Kaedah 1 :
Borang Permohonan yang telah lengkap diisi, hendaklah dihantar ke Pejabat Pengurusan Tahfiz di alamat:
Pejabat Pengurusan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Ansar,
Jalan Permas 4,
Bandar Baru Permas Jaya,
817500 Masai, Johor.
Kaedah 2 :
Email ke alamat : sekolahtahfizalquranalansarpj@gmail.com
(Hantar borang dalam bentuk PDF)
Kaedah 3 :
Whatsapp ke talian 017-727 1923 (Hantar borang dalam bentuk PDF)
3. Permohonan dibuka mulai 1hb Oktober 2022 dan ditutup pada 20hb Disember 2022
4. Pihak kami akan memaklumkan permohonan yang berjaya melalui aplikasi WhatsApp. Calon yang memenuhi kriteria ditetapkan akan dipanggil ke sesi temuduga. Tarikh temuduga akan dimaklumkan melalui nombor telefon ibubapa/penjaga seperti dalam borang permohonan.