FASA PEMBANGUNAN
Fasa 1
Tapak dan tiang serta piling tingkat 2 sudah mula dipasang. InsyaAllah tingkat dua ini akan menjadi asrama para pelajar seperti dalam perancangan binaan. Bahagian dinding sekolah dan asrama pelajar telah hampir siap. Proses pembinaan untuk fasa 1 ini telah memasuki peringkat akhir. Alhamdulillah binaan fasa 1 telah pun selesai. Terima kasih kepada semua penyumbang yang berhati mulia.
Fasa 2
PROJEK 67% BG 2TINGKAT SURAU DAN PUSAT PEMBELAJARAN KELAS KELAS MAHAD ALQURAN
Proses pembinaan untuk fasa 1 ini telah memasuki peringkat akhir. Alhamdulillah Bagi binaan fasa 2, proses ‘footing’ iaitu menyiapkan tapak asas binaan telah siap. Mengikut perancangan binaan fasa 2 akan memfokuskan binaan madrsah, bilik kuliah, dewan serbaguna, parking, dan menara tertinggi. Pembinaan fasa 2 kini telah berjaya memasang tiang-tiang utama. InsyaAllah sekiranya semua perancangan berjalan lancar, binaan fasa dua akan berjaya disiapkan pada Mac 2022.
Fasa 3
Alhamdulillah, kami telah memasuki Fasa 3 iaitu melakukan krja-kerja pembersihan binaan (Site Clearing) dari fasa sebelum nya. Semua orang boleh datang ke Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Ansar untuk menyaksikan sendiri kerja-kerja yang kami jalankan. Semoga urusan kami lancar setiap hari, insha Allah. Terima kasih kepada para penderma yang telah membantu menjayakan pembinaan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Ansar.