Purple Alansar
image-slider-with-thumbnail1.jpeg
image-slider-with-thumbnail2.jpeg
image-slider-with-thumbnail3.jpeg
PlayPause
previous arrow
next arrow

Hubungi

Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Ansar ini dibina 2 tingkat dengan keluasan 3700 sqm bertempat di surau Permas Jaya, Johor bahru, Johor. Bangunan ini akan dibina secara berfasa iaitu fasa 1 yang mengandungi pejabat, perpustakaan, bilik rawatan dan segala kemudahan seperti bilik warden dan asrama yang boleh dimuatkan seramai 50 orang. Fasa 2 pula mengandungi ruang solat berkeluasan 281 sqm yang juga merupakan ruang utama dalam pembinaan ini. Fasa yang terakhir akan dibina untuk kemudahan komuniti di sekitar seperti tadika, kedai pejabat , dapur dan ruang makan. Jangkamasa siap untuk pembinaan bangunan ini ialah 3 tahun iaitu dijangka pembukaannya pada tahun 2023.

6
4 – Copy
3 – Copy
PlayPause
previous arrow
next arrow

Sesungguhnya seluruh tenaga, fikiran, wang ringgit dan segala bantuan yang telah  dicurahkan oleh para dermawan adalah hak milik orang Islam demi pembentukan generasi akan datang. Adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk kita meneruskan amanah ini agar segala yang diusahakan tidak terhenti setakat ini sahaja. Mudah-mudahan hasrat kita bersama untuk melihat sesuatu institusi pentarbiyahan akhlak muslim dapat berdiri tegak di kawasan Bandar Baru Permas Jaya ini khasnya di Negeri Johor Darul Takzim amnya, Amin.

Hubungi kami untuk maklumat lanjut atau isikan borang Maklum Balas di bawah dan kami akan berkomunikasi dengan anda.

f14