Purple Alansar
image-slider-with-thumbnail1.jpeg
image-slider-with-thumbnail2.jpeg
image-slider-with-thumbnail3.jpeg
PlayPause
previous arrow
next arrow

PERATURAN DISIPLIN

Kesalahan Berat

KATEGORI PERTAMA

Hukuman - Dikenakan tindakan buang atau gantung sekolah serta merta

1. Menghisap atau menjual rokok / dadah
2. Bergaduh / memukul / mencederakan / membuli
3. Berjudi
4. Keluar / lari dari kawasan sekolah / asrama tanpa kebenaran
5. Homoseksual/gay
6. Tidak menghormati / melawan guru
7. Meminum minuman keras atau yang memabukkan dalam kawasan sekolah
8. Semua kesalahan yang menjadi kes polis

KATEGORI KEDUA

Hukuman - Dikenakan tindakan gantung sekolah bersyarat

1. Mengugut atau mengancam pelajar lain
2. Mencuri
3. Merosakkan harta benda sekolah atau harta persendirian guru-guru / kakitangan sekolah
4. Lewat masuk asrama (pukul 6.00 petang)
5. Mengeluarkan kata-kata lucah/kesat

KATEGORI KETIGA

Hukuman - Dikenakan tindakan amaran / gantung / buang sekolah ( 5 kali amaran / rekod ) / Dikenakan sebatan rotan

1. Tidak solat berjamaah
2. Melanggar peraturan yang telah ditetapkan
3. Membuat kotor
4. Lewat hadir ke sekolah
5. Ponteng kelas
6. Membawa rakan sama ada pelajar sekolah (bekas pelajar)atau orang luar ke kawasan asrama

Kesalahan Sederhana

KESALAHAN

Hukuman - Dikenakan sebatan rotan ( sekiranya munasabah ) / gantung persekolahan. Barangan terlarang akan dirampas

1. Membawa, memiliki dan menggunakan telefon bimbit / peralatan elektrik yang ditegah / dilarang dibawa masuk ke asrama / sekolah
2. Ponteng kelas Al-Quran / ulangkaji
3. Menulis kepada surat khabar atau majalah tanpa pengetahuan pihak sekolah
4. Semua kesalahan yang terkandung dalam senarai kesalahan sederhana seperti yang terkandung dalam peraturan sekolah

Kesalahan Ringan

Hukuman

(1) Pelajar diberi nasihat/ amaran/ rotan tidak melebihi 1 kali.

(2) Jika Kesalahan Telah Melebihi 5 Kali : Ibu Bapa akan dipanggil untuk sesi kaunseling bersama pelajar terbabit.

(3) Jika Kesalahan Berulang : Pihak Sekolah akan menggunakan budi bicara dan kemungkinan pelajar berkenaan akan diambil tindakan gantung sekolah atau ditamatkan pengajian.

1. Merayau-rayau semasa sesi pembelajaran berjalan ( Membuang Masa)
2. Semua kesalahan yang terkandung dalam senarai kesalahan ringan seperti yang terkandung dalam peraturan sekolah